Assalamualaikum anak murid ustazah sekalian. Alhamdulillah dah dua minggu sesi persekolahan 2015 berjalan. Di sini ustazah ada sertakan isi kandungan pelajaran dan nota-nota tambahan untuk tajuk pertama pelajaran Feqah iaitu SOLAT JUMAAT. Diminta murid-murid dapat menyalin ya nota-nota tambahan tersebut.
PENGERTIAN SOLAT JUMAAT
SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
RUKUN SOLAT JUMAAT
NIAT SOLAT JUMAAT
PERKARA SUNAT JUMAAT
Memotong dan membersih kuku tangan dan kaki.
Mandi sebelum ke masjid.
Memakai wangi-wangian.
Memakai baju berwarna putih.
Datang awal ke masjid.
Masuk masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa dan niat I'tikaf.
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW
SALAM MAULIDURRASUL 1436H
Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas oleh Allah untuk menikmati sisa-sisa kehidupan. Hari ini, 12 RabiulAwwal 1436H adalah hari bersejarah bagi seluruh umat Islam di muka bumi Allah. Hari bersejarah, lahirnya seorang junjungan besar, seorang pemimpin ummat yang sangat hebat, seorang pesuruh Allah yang tiada galang ganti, seorang yang jujur dalam setiap tindakan, berbudi pekerti sangat sempurna. Pastinya kita sangat-sangat merindui baginda walaupun tidak pernah bersua muka. Baginda yang dimaksudkan ialah Muhammad Bin Abdullah ataupun junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sebelum memulakan hari kita pada hari ini, jangan lupa untuk membaca
surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada kaum IbuBapa, ahli keluarga,
kaum Muslimin dan Muslimat samada yang masih hidup mahupun yang sudah
dijemput Ilahi. Jangan lupa juga ya,,,, kepada Nabi Muhammad SAW.
AYUH KITA BACA SAMA-SAMA !!!!!!
JOM NASYID PULA ........
ALHAMDULILLAH..... SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN KITA.. AMEEN
Tema sambutan Maulidurrasul pada tahun ini ialah
" PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"
Perpaduan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah (keluar daripada jemaah)"
(Riwayat at-Tirmizi)
Kejayaan Rasulullah SAW mengukuh dua sisi perpaduan iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kabilah, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara. Bahkan menerusi persitiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari mekah ke Madinah telah membawa kepada satu transisi peradaban yang memacu transformasi kegemilangan tamadun manusia. Terasnya adalah kejayaan mempromosi dan melaksana prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial sehingga berupaya menyusun serta mengatur landskap kehidupan masyarakat yang pelbagai dan mewujudkan konsep Unity in Diversity- perpaduan dalam kepelbagaian.
Prinsip Perpaduan-Penerimaan
Fitrah alam dicipta dalam pelbagai bentuk dan ragam. Namun dalam menjamin kelestarian dan keharmonian hidup, Islam yang tegas dengan prinsipnya turut meraikan kepelbagaian tersebut kerana ia adalah anugerah dari Maha Pencipta. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berta'aruf dan berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..." (Surah sl-Hujurat 49:13)
'Bersatu teguh, bercerai roboh'- begitulah pepatah yang sinonim dengan perpaduan. Menerusi firman Allah SWT di atas jelas bahawa Islam amat menekankan pesefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Konsep ta'aruf dalam kemajmukan iaitu sentiasa mengikis prasangka dan salah faham serta saling menerima mampu mencerna masyarakat bernegara yang bersatu padu. Di samping itu, rakyat mestilah berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan. Sekiranya sensitiviti itu berjaya diurus dengan petimbangan toleransi, persefahaman dan penerimaan sepenuhnya, maka ia mampu memperkukuh perpaduan sedia ada sehingga mampu digembleng menjadi kekuatan dan nadi kepada transformasi sebuah Negara.
Prinsip Perpaduan- Kenegaraan
Piagam Madinah merupakan dokumen pertama yang menjadi asas kepada urus tadbir sebuah negara. Kejayaan Rasulullah SAW ini telah menghasilkan suasana kehidupan rakyat yang menitikberatkan hal persaudaraan dan bersatu padu menjaga negara. Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatarbelakang rakyat pelbagai, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kuasa dan rujukan terpenting dalam usaha menjamin hak-hak kepelbagaian tersebut. Selain itu, kestabilan politik dalam urus tadbir negara turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kuasa tenaga penyatuan berteraskan persefahaman, kerjasama, perundingan dan persetujuan. Pendekatan eksklusif dan inklusif yang dijadikan mekanisme dalam meraikan kepelbagaian, telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi yang menghiasi kehidupan bermasyarakat seterusnya menjadi nadi kepada perubahan yang lebih baik. Natijahnya, kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasa.
Prinsip Perpadua - Keadilan Sosial
Islam adalah agama keadilan dan kesaksamaan. Peristiwa peletakkan 'hajarul al-aswad' membuktikan bahawa Islam membawa imej keadilan yang menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaanya juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, politik, sosial dan pelbagai lagi serta merentasi segenap lapisan masyarakat tanpa diskriminasi. Di samping itu, kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan serta imbangan merupakan asas nilai dan etikanya. Dalam hal ini, komitmen individu dan pemerintah sangat penting sebagai penentu kejayaan dalam usaha merealisasikan misi tersebut. Sesungguhnya masyarakat yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang melampau sehingga mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Natijahnya, nilai integriti jadi budaya, kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati secara bersama dan kemakmuran dapat dikongsi dengan lebih meluas.
Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Hakikatnya, keunikan negara Malaysia adalah kerana kemajmukannya. Kontrak sosial, latar belakang sejarah dan perlembagaan negara perlu menjadi kerangka perpaduan dalam membina 1Ummah yang hebat dan mampu memacu tranformasi negara. Dalam mendepani cabaran global, usaha untuk melaksana ketiga-tiga prinsip tersebut dalam menghasilkan kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan pembangunan modal insan, seharusnya dijadikan agenda transformasi utama dan indikator kepada dimensi sebuah negara maju yang seimbang. Ia selari dengan kehendak maqasid al-syariah yang bersifat sejagat berteraskan maslahah,keadilan dan bekhikmah serta mempunyai tujuan yang amat jelas.
Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut integrasi, keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang yang menatijahkan 'Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur'.
Solat menjadi ibadah utama seorang muslim. Kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi secara langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem mertabolisme tubuh. Oleh yang demikian, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki atau komunikasi.
Dalam islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah :
1) tidur di waktu pagi
2) sedikit solat
3) malas-malasan
4)berkhianat
(Zaadul Ma'ad, 4/378)
"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu". (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud, Albani : Sohih.
WAKTU ZOHOR
Ketika ini alam berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha ) dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.
Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi cergas, tajam dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga sebab selainnya". (Riwayat Abu Daud).
WAKTU ASAR
Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti,di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.
disamping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita diingatkan supaya lebih baik berada di dalam rumah pada waktu Maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonasi yang sama dengan jin dan syaitan.
Kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak, ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Sekiranya, seseorang itu kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat oleh Allah SAW tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.