JOM KE SEKOLAH

Khamis, 1 Januari 2015

HIKMAH SAINTIFIK WAKTU SOLAT DAN KELEBIHANNYA

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA SEKALIAN,

 

Solat menjadi ibadah utama seorang muslim. Kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi secara langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Setiap peralihan  waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH

Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem mertabolisme tubuh. Oleh yang demikian, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki atau komunikasi.

Dalam islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah :

1) tidur di waktu pagi
2) sedikit solat
3) malas-malasan
4)berkhianat
(Zaadul Ma'ad, 4/378)


 "Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu". (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud, Albani : Sohih.

WAKTU ZOHOR

Ketika ini alam berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha ) dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.

Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi cergas, tajam dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga sebab selainnya". (Riwayat Abu Daud).


WAKTU ASAR

Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti,di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.

disamping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.



WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita diingatkan supaya lebih baik berada di dalam rumah pada waktu Maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonasi yang sama dengan jin dan syaitan.

Kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.


WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak, ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Sekiranya, seseorang itu kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat oleh Allah SAW tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan