Alhamdulillah,,, sesi persekolahan 2015 sudah pun masuk minggu yang ke-7. Ini bermakna minggu hadapan murid semua akan menduduki Ujian Prestasi Pertama bagi tahun 2015. Semua dah bersedia ????
Suka untuk ustazah ingatkan, format menulis jawapan adalah berbeza semasa murid-murid semua berada di tahap satu. Di sebabkan kalian semua berada di fasa peralihan iaitu dari darjah 3 (tahap satu) masuk ke darjah 4 (tahap dua), ustazah sertakan di sini cara-cara menulis jawapan ujian dan peperiksaan untuk semua pelajaran sebagai panduan kalian semua.
BAHASA ARAB
Mempunyai 100 markah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
- Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah). Soalan pilihan jawapan yang mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian Kedua- Soalan Struktur (60 markah). Dalam bahagian kedua, terdapat empat soalan iaitu السؤال الرابع, السوءال الثالت , السوءال الثاني , السوءال الاول. Murid di kehendaki memilih tiga soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
- Bahagian Ketiga- Soalan pemahaman (20 markah ). Murid di kehendaki menjawab soalan pemahaman berpandukan teks yang disediakan.
TAJWID
Mempunyai 100 markah dan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu:
- Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah ). Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian kedua- soalan struktur (80 markah ). Dalam bahagian ini, terdapat lima soalan iaitu Soalan Pertama, Soalan Kedua, Soalan Ketiga, Soalan Keempat dan Soalan Kelima. Murid di kehendaki memilih empat soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
TAUHID DAN FEQAH
Bagi matapelajaran tauhid dan feqah, dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Tauhid 50 markah dan soalan Feqah 50 markah. Mengandungi dua bahagian iaitu:
- Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Tauhid dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Feqah. Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Tauhid, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Feqah.
- Pelajaran Tauhid mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Feqah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
AKHLAK DAN SIRAH
Bagi matapelajaran akhlak dan sirah , dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Akhlak 50 markah dan soalan Sirah 50 markah. Mengandungi dua bahagian iaitu:
- Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Akhlak dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Sirah. Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Akhlak, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Sirah.
- Pelajaran Akhlak mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Sirah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
JAWI, IMLAK DAN KHAT
Bagi ketiga-tiga pelajaran ini, digabungkan di dalam satu set soalan. Pemarkahan adalah seperti berikut:
- Jawi - 65 markah
- Imlak - 20 markah
- Khat - 15 markah
Bentuk soalan bagi ketiga-ketiga pelajaran adalah seperti berikut:
JAWI
- Mengandungi 3 bahagian iaitu :
- Bahagian kedua (30 markah )- mempunyai empat soalan. Murid dikehendaki menjawab tiga soalan sahaja.
- Bahagian ketiga ( 20 markah )- soalan pemahaman. Murid perlu menjawab soalan pemahaman berpandukan petikan yang diberikan.
IMLAK
- Mengandungi 2 bahagian, iaitu:
- Bahagian kedua (15 markah )- murid dikehendaki menulis perkataan yang disebut oleh guru
KHAT
Murid perlu meyalin semula huruf dan ayat yang diberikan dengan menggunakan pensil khat.
Diharap murid faham dan jelas dengan cara-cara menulis jawapan untuk Ujian Prestasi Pertama. Semoga semua telah bersedia dan didoakan agar semua dapat menjawab dengan baik.
" Bittaufiq Wannajah"
Salam Kejayaan untuk semua.......................................