JOM KE SEKOLAH

Jumaat, 27 Februari 2015

CARA MENULIS JAWAPAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN

ASSALAMUALAIKUM ANAK DIDIK SEKALIAN,

Alhamdulillah,,, sesi  persekolahan 2015 sudah pun masuk minggu yang ke-7. Ini bermakna minggu hadapan murid semua akan menduduki Ujian Prestasi Pertama bagi tahun 2015. Semua dah bersedia ????

Suka untuk ustazah ingatkan, format menulis jawapan adalah berbeza semasa murid-murid semua berada di tahap satu. Di sebabkan kalian semua berada di fasa peralihan iaitu dari darjah 3 (tahap satu) masuk ke darjah 4 (tahap dua), ustazah sertakan di sini cara-cara menulis jawapan ujian dan peperiksaan untuk semua pelajaran sebagai panduan kalian semua.

BAHASA ARAB

Mempunyai 100 markah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah). Soalan pilihan jawapan yang mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian  Kedua- Soalan Struktur (60 markah). Dalam bahagian kedua, terdapat empat soalan iaitu السؤال الرابع, السوءال الثالت , السوءال الثاني , السوءال الاول. Murid di kehendaki memilih tiga soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
  • Bahagian Ketiga- Soalan pemahaman (20 markah ). Murid di kehendaki menjawab soalan pemahaman berpandukan teks yang disediakan.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua dan ketiga, di tulis di dalam kertas kajang. Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

TAJWID

Mempunyai 100 markah dan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah ). Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan struktur (80 markah ). Dalam bahagian ini, terdapat lima soalan iaitu Soalan Pertama, Soalan Kedua, Soalan Ketiga, Soalan Keempat dan Soalan Kelima. Murid di kehendaki memilih empat soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
 Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

TAUHID DAN FEQAH

Bagi matapelajaran tauhid dan feqah, dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Tauhid 50 markah dan soalan Feqah 50 markah. Mengandungi dua bahagian  iaitu:
  • Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Tauhid dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Feqah.  Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Tauhid, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Feqah. 
  • Pelajaran Tauhid mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Feqah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

AKHLAK DAN SIRAH

Bagi matapelajaran akhlak dan sirah , dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Akhlak 50 markah dan soalan Sirah 50 markah. Mengandungi dua bahagian  iaitu:
  • Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Akhlak dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Sirah.  Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Akhlak, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Sirah. 
  • Pelajaran Akhlak mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Sirah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

JAWI, IMLAK DAN KHAT

Bagi ketiga-tiga pelajaran ini, digabungkan di dalam satu set soalan. Pemarkahan adalah seperti berikut:
  • Jawi - 65 markah
  • Imlak - 20 markah
  • Khat - 15 markah
Jumlah keseluruhan 100 markah

Bentuk soalan bagi ketiga-ketiga pelajaran adalah seperti berikut:

 JAWI
  • Mengandungi 3 bahagian iaitu :
- Bahagian Objektif (15 markah) mengandungi 15 soalan pilihan jawapan bermula daripada soalan 1-15. Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian kedua (30 markah )-  mempunyai empat soalan. Murid dikehendaki menjawab tiga soalan sahaja.
- Bahagian ketiga ( 20 markah )- soalan pemahaman. Murid perlu menjawab soalan pemahaman berpandukan petikan yang diberikan.

IMLAK

  • Mengandungi 2 bahagian, iaitu:
- Bahagian pertama (5 markah)- soalan berbentuk pilihan jawapan bermula dari soalan 16-20.
- Bahagian kedua (15 markah )- murid dikehendaki menulis perkataan yang disebut oleh guru

KHAT

Murid perlu meyalin semula huruf dan ayat yang diberikan dengan menggunakan pensil khat.

Diharap murid faham dan jelas  dengan cara-cara menulis jawapan untuk Ujian Prestasi Pertama. Semoga semua telah bersedia dan didoakan agar semua dapat menjawab dengan baik.

" Bittaufiq Wannajah"

Salam Kejayaan untuk semua.......................................

6 ulasan:

  1. Artikal yang menarik. Terima kasih kerana berkongsi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.... sama2.. ilmu milik Allah, wajar dikongsi bersama

      Padam
  2. Terima kasih share..mmgsgt2 membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. terima kasih juga sudi baca coretan saya.

      Padam
  3. terima kasih perkongsian ni... boleh bantu anak saya jawab soalan dengaan lebih tepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. semoga kejayaan milik anak tuan/puan.. ameen

      Padam