JOM KE SEKOLAH

Jumaat, 20 Mac 2015

JOM NASYID "RUKUN SOLAT"

 

RUKUN SOLAT RENTAK "GWIYOMI"





BACAAN ALFATIHAH



BACAAN RUKUK


BACAAN IKTIDAL

 


BACAAN SUJUD




BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

 


 

BACAAN TAHIYAT AKHIR

Jumaat, 27 Februari 2015

CARA MENULIS JAWAPAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN

ASSALAMUALAIKUM ANAK DIDIK SEKALIAN,

Alhamdulillah,,, sesi  persekolahan 2015 sudah pun masuk minggu yang ke-7. Ini bermakna minggu hadapan murid semua akan menduduki Ujian Prestasi Pertama bagi tahun 2015. Semua dah bersedia ????

Suka untuk ustazah ingatkan, format menulis jawapan adalah berbeza semasa murid-murid semua berada di tahap satu. Di sebabkan kalian semua berada di fasa peralihan iaitu dari darjah 3 (tahap satu) masuk ke darjah 4 (tahap dua), ustazah sertakan di sini cara-cara menulis jawapan ujian dan peperiksaan untuk semua pelajaran sebagai panduan kalian semua.

BAHASA ARAB

Mempunyai 100 markah dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah). Soalan pilihan jawapan yang mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian  Kedua- Soalan Struktur (60 markah). Dalam bahagian kedua, terdapat empat soalan iaitu السؤال الرابع, السوءال الثالت , السوءال الثاني , السوءال الاول. Murid di kehendaki memilih tiga soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
  • Bahagian Ketiga- Soalan pemahaman (20 markah ). Murid di kehendaki menjawab soalan pemahaman berpandukan teks yang disediakan.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua dan ketiga, di tulis di dalam kertas kajang. Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

TAJWID

Mempunyai 100 markah dan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - soalan objektif (20 markah ). Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan struktur (80 markah ). Dalam bahagian ini, terdapat lima soalan iaitu Soalan Pertama, Soalan Kedua, Soalan Ketiga, Soalan Keempat dan Soalan Kelima. Murid di kehendaki memilih empat soalan sahaja. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
 Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

TAUHID DAN FEQAH

Bagi matapelajaran tauhid dan feqah, dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Tauhid 50 markah dan soalan Feqah 50 markah. Mengandungi dua bahagian  iaitu:
  • Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Tauhid dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Feqah.  Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Tauhid, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Feqah. 
  • Pelajaran Tauhid mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Feqah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

AKHLAK DAN SIRAH

Bagi matapelajaran akhlak dan sirah , dua pelajaran ini digabungkan di dalam satu set kertas soalan. Soalan Akhlak 50 markah dan soalan Sirah 50 markah. Mengandungi dua bahagian  iaitu:
  • Bahagian pertama- soalan objektif (20 markah). Soalan 1-10 untuk pelajaran Akhlak dan Soalan 11-20 untuk pelajaran Sirah.  Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan. 
  • Bahagian kedua- soalan pemahaman (80 markah ). Bahagian kedua di bahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Alif untuk pelajaran Akhlak, dan Bahagian Ba untuk pelajaran Sirah. 
  • Pelajaran Akhlak mempunyai tiga soalan iaitu soalan pertama, soalan kedua dan soalan ketiga. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Begitu juga dengan pelajaran Sirah. Terdapat tiga soalan iaitu soalan keempat, soalan kelima dan soalan keenam. Murid di kehendaki menjawab dua daripada tiga soalan. Setiap soalan mengandungi 20 markah.
Semua jawapan untuk soalan bahagian kedua hendaklah di tulis di dalam kertas kajang.  Murid tidak di benarkan menulis di ruangan tepi kiri dan kanan kertas. Ruangan tersebut untuk digunakan oleh guru semasa memeriksa kertas. Setiap soalan ditulis dalam satu muka surat kertas kajang. Apabila hendak menulis jawapan untuk soalan berikutnya, hendaklah menulis pada muka surat yang baru.

JAWI, IMLAK DAN KHAT

Bagi ketiga-tiga pelajaran ini, digabungkan di dalam satu set soalan. Pemarkahan adalah seperti berikut:
  • Jawi - 65 markah
  • Imlak - 20 markah
  • Khat - 15 markah
Jumlah keseluruhan 100 markah

Bentuk soalan bagi ketiga-ketiga pelajaran adalah seperti berikut:

 JAWI
  • Mengandungi 3 bahagian iaitu :
- Bahagian Objektif (15 markah) mengandungi 15 soalan pilihan jawapan bermula daripada soalan 1-15. Soalan berbentuk pilihan jawapan dan mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu ا,ب,ج,د . Murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dengan menghitamkan jawapan pada kertas OMR yang diberikan.
- Bahagian kedua (30 markah )-  mempunyai empat soalan. Murid dikehendaki menjawab tiga soalan sahaja.
- Bahagian ketiga ( 20 markah )- soalan pemahaman. Murid perlu menjawab soalan pemahaman berpandukan petikan yang diberikan.

IMLAK

  • Mengandungi 2 bahagian, iaitu:
- Bahagian pertama (5 markah)- soalan berbentuk pilihan jawapan bermula dari soalan 16-20.
- Bahagian kedua (15 markah )- murid dikehendaki menulis perkataan yang disebut oleh guru

KHAT

Murid perlu meyalin semula huruf dan ayat yang diberikan dengan menggunakan pensil khat.

Diharap murid faham dan jelas  dengan cara-cara menulis jawapan untuk Ujian Prestasi Pertama. Semoga semua telah bersedia dan didoakan agar semua dapat menjawab dengan baik.

" Bittaufiq Wannajah"

Salam Kejayaan untuk semua.......................................

Sabtu, 24 Januari 2015

SOLAT JUMAAT

Assalamualaikum anak murid ustazah sekalian. Alhamdulillah dah dua minggu sesi persekolahan 2015 berjalan. Di sini ustazah ada sertakan isi kandungan pelajaran dan nota-nota tambahan untuk tajuk pertama pelajaran Feqah iaitu SOLAT JUMAAT. Diminta murid-murid dapat menyalin ya nota-nota tambahan tersebut.


PENGERTIAN SOLAT JUMAAT




SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT






















SYARAT SAH SOLAT JUMAAT




















RUKUN SOLAT JUMAAT


NIAT SOLAT JUMAAT


PERKARA SUNAT JUMAAT

  1. Memotong dan membersih kuku tangan dan kaki.
  2. Mandi sebelum ke masjid.
  3. Memakai wangi-wangian.
  4. Memakai baju berwarna putih.
  5. Datang awal ke masjid.
  6. Masuk masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa dan niat I'tikaf.
  7. Solat Tahiyyatul masjid.
  8. Membaca Al-Quran

DOA MASUK MASJID



DOA KELUAR MASJID



NIAT I'TIKAF

NIAT SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID









SELAMAT MEMBACA...............................

Jumaat, 2 Januari 2015

SALAM MAULIDURRASUL 1436H



ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW




SALAM MAULIDURRASUL 1436H

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas oleh Allah untuk menikmati sisa-sisa kehidupan. Hari ini, 12 RabiulAwwal 1436H adalah hari bersejarah bagi seluruh umat Islam di muka bumi Allah. Hari bersejarah, lahirnya seorang junjungan besar, seorang pemimpin ummat yang sangat hebat, seorang pesuruh Allah yang tiada galang ganti, seorang yang jujur dalam setiap tindakan, berbudi pekerti sangat sempurna. Pastinya kita sangat-sangat merindui baginda walaupun tidak pernah bersua muka. Baginda yang dimaksudkan ialah Muhammad Bin Abdullah ataupun junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Sebelum memulakan hari kita pada hari ini, jangan lupa untuk membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada kaum IbuBapa, ahli keluarga, kaum Muslimin dan Muslimat samada yang masih hidup mahupun yang sudah dijemput Ilahi. Jangan lupa juga ya,,,, kepada Nabi Muhammad SAW.

AYUH KITA BACA SAMA-SAMA !!!!!!










JOM NASYID PULA ........
                                                                           



ALHAMDULILLAH..... SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN KITA.. AMEEN




Tema sambutan Maulidurrasul pada tahun ini ialah
 " PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

Perpaduan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah (keluar daripada jemaah)"
 (Riwayat at-Tirmizi)

Kejayaan Rasulullah SAW mengukuh dua sisi perpaduan iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kabilah, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara. Bahkan menerusi persitiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari mekah ke Madinah telah membawa kepada satu transisi peradaban yang memacu transformasi kegemilangan tamadun manusia. Terasnya adalah kejayaan mempromosi dan melaksana prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial sehingga berupaya menyusun serta mengatur landskap kehidupan masyarakat yang pelbagai dan mewujudkan konsep Unity in Diversity- perpaduan dalam kepelbagaian.

Prinsip Perpaduan-Penerimaan

Fitrah alam dicipta dalam pelbagai bentuk dan ragam. Namun dalam menjamin kelestarian dan keharmonian hidup, Islam yang tegas dengan prinsipnya turut meraikan kepelbagaian tersebut kerana ia adalah anugerah dari Maha Pencipta. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berta'aruf dan berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..."                         (Surah sl-Hujurat 49:13)

'Bersatu teguh, bercerai roboh'- begitulah pepatah yang sinonim dengan perpaduan. Menerusi firman Allah SWT di atas jelas bahawa Islam amat menekankan pesefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Konsep ta'aruf dalam kemajmukan iaitu sentiasa mengikis prasangka dan salah faham serta saling menerima mampu mencerna masyarakat bernegara yang bersatu padu. Di samping itu, rakyat mestilah berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan. Sekiranya sensitiviti itu berjaya diurus dengan petimbangan toleransi, persefahaman dan penerimaan sepenuhnya, maka ia mampu memperkukuh perpaduan sedia ada sehingga mampu digembleng menjadi kekuatan dan nadi kepada transformasi sebuah Negara.

Prinsip Perpaduan- Kenegaraan

Piagam Madinah merupakan dokumen pertama yang menjadi asas kepada urus tadbir sebuah negara. Kejayaan Rasulullah SAW ini telah menghasilkan suasana kehidupan rakyat yang menitikberatkan hal persaudaraan dan bersatu padu menjaga negara. Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatarbelakang rakyat pelbagai, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kuasa dan rujukan terpenting dalam usaha menjamin hak-hak kepelbagaian tersebut. Selain itu, kestabilan politik dalam urus tadbir negara turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kuasa tenaga penyatuan berteraskan persefahaman, kerjasama, perundingan dan persetujuan. Pendekatan eksklusif dan inklusif yang dijadikan mekanisme dalam meraikan kepelbagaian, telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi yang menghiasi kehidupan bermasyarakat seterusnya menjadi nadi kepada perubahan yang lebih baik. Natijahnya, kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasa.

Prinsip Perpadua - Keadilan Sosial

Islam adalah agama keadilan dan kesaksamaan. Peristiwa peletakkan 'hajarul al-aswad'  membuktikan bahawa Islam membawa imej keadilan yang menjamin kesejahteraan hidup. Pelaksanaanya juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, politik, sosial dan pelbagai lagi serta merentasi segenap lapisan masyarakat tanpa diskriminasi. Di samping itu, kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan serta imbangan merupakan asas nilai dan etikanya. Dalam hal ini, komitmen individu dan pemerintah sangat penting sebagai penentu kejayaan dalam usaha merealisasikan misi tersebut. Sesungguhnya masyarakat yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang melampau sehingga mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Natijahnya, nilai integriti jadi budaya, kejayaan yang dikecapi dapat dinikmati secara bersama dan kemakmuran dapat dikongsi dengan lebih meluas.
Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Hakikatnya, keunikan negara Malaysia adalah kerana kemajmukannya. Kontrak sosial, latar belakang sejarah dan perlembagaan negara perlu menjadi kerangka perpaduan dalam membina 1Ummah yang hebat dan mampu memacu tranformasi negara. Dalam mendepani cabaran global, usaha untuk melaksana ketiga-tiga prinsip tersebut dalam menghasilkan kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan pembangunan modal insan, seharusnya dijadikan agenda transformasi utama dan indikator kepada dimensi sebuah negara maju yang seimbang. Ia selari dengan kehendak maqasid al-syariah yang bersifat sejagat berteraskan maslahah,keadilan dan bekhikmah serta mempunyai tujuan yang amat jelas.

Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut integrasi, keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang yang menatijahkan 'Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur'.

Sumber: JAKIM



~ ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH ~



Khamis, 1 Januari 2015

HIKMAH SAINTIFIK WAKTU SOLAT DAN KELEBIHANNYA

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA SEKALIAN,

 

Solat menjadi ibadah utama seorang muslim. Kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi secara langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Setiap peralihan  waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH

Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem mertabolisme tubuh. Oleh yang demikian, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki atau komunikasi.

Dalam islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah :

1) tidur di waktu pagi
2) sedikit solat
3) malas-malasan
4)berkhianat
(Zaadul Ma'ad, 4/378)


 "Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu". (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud, Albani : Sohih.

WAKTU ZOHOR

Ketika ini alam berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha ) dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.

Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi cergas, tajam dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga sebab selainnya". (Riwayat Abu Daud).


WAKTU ASAR

Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti,di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.

disamping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut, di mana spektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.



WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita diingatkan supaya lebih baik berada di dalam rumah pada waktu Maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonasi yang sama dengan jin dan syaitan.

Kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna merah pada waktu ini menghampiri dan selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.


WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak, ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Sekiranya, seseorang itu kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat oleh Allah SAW tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Sabtu, 29 November 2014

Hukum menuntut Ilmu

السلام عليكم انق موريدكو

Alhamdulillah, cuti sekolah akhir tahun menjelma sudah..sedar tak sedar dah seminggu cuti sekolah berlalu..ini bermakna dah seminggu ustazah menghadiri kuliab untuk pengajian DPLI? DPLI? ? Ape tu ustazah.. DPLI niDiploma Pendidikan Lepasan Ijazah..tiba2 teringat skril kartun animasi "upin ipin".. " cikgu kan dah pandai, kenapa nak belajar lagi? "

Anak-anakku,
Menuntut ilmu ni wajib. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:  "bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya "( surah An-nahl ayat 43)

عن انس بن مالك قال:  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم طلب العلم فريضة على كل مسلم( ابن ماجه وغيره)
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,: "Menuntuu ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.

Jadi, selagi ada hayat, kita di tuntut untuk menuntut ilmu tidak kira ilmu apa sekalipun yang penting ianya bermanfaat...

Okey lah sampai sini dulu ye celoteh ustazah.. manfaatkan cuti kalian dengan sebaiknya...  LOVE U ALL! !

والسلام